Friday 10 January 2014

Jadual anak-anak untuk ibu bapa berkerjaya:) untuk anak 0-3 tahun

Jadual cadangan:

**Hari bekerja

7.00 pagi - 6.00 petang  : Di rumah pengasuh/ Taska/ Pembantu rumah. Sekiranya ada waktu sebelum ke rumah pengasuh/taska atau ada pembantu rumah, pasangkan ayat Quran/ Hijaiyyah atau Educational CD apabila anak-anak bangun sambil ibu bapa bersiap-siap atau ketika sedang menyiapkan sarapan pagi.

6.00 petang-8.00 malam : Makan malam bersama. Solat bersama. Eratkan hubungan. Tanya perkembangan. Biarkan anak makan sendiri walaupun masih kecil. Biar mereka bereksplorasi. Bagus untuk motor skill mereka. Makan bersama bagus untuk emosi anak-anak dan ibu bapa.

8.00 malam - 9.00 malam : Ajar anak Quran. Boleh alternate dengan buku-buku lain. Ini boleh dilakukan dengan mudah sekiranya ada orang yang mengemas tempat makan dan basuh pinggan seperti pembantu rumah. Jika tiada, ibu/ayah bersama mereka dan seorang lagi mengemas. Apabila sudah siap mengemas kembali bersama-sama mereka.

9.00 malam : Tidurkan. Masuk ke dalam bilik. Bacakan ayat suci Al-Quran atau doa-doa ma'thur. Atau boleh bacakan kisa-kisah nabi.

**Hari cuti

Bawa anak ke playgroup. Gunakan modul yang menarik dan infomatif.

Bawa anak dengan umur yang sesuai ke majlis ilmu.

Petang bawa ke taman untuk mereka menghargai ciptaan Allah.

Semasa ibu bapa membuat kerja rumah, libatkan anak-anak bersama. Biarkan mereka bermain permainan minda sementara menyiapkan tugasan rumah. Kerap jenguk anak-anak untuk bermain bersama. Jangan biarkan mereka bermain sendirian terlalu lama. Kasihan.


**Aktiviti harian anak-anak bersama pembantu rumah ketika ibu bapa keluar bekerja.

Isnin: Bermain puzzle. Bermain blocks. Bermain playdough. Bermain cucuk dawai hijau. Bermain sapu-sapu. Bermain kemas rumah.

Selasa: Bermain bola. Bermain lompat-lompat. Bermain boling cawan. Bermain susun cawan kertas. Bermain sapu-sapu. Bermain kemas rumah.

Rabu: Menulis, melukis, mewarna. Membaca. Menonton CD pendidikan.

Khamis: Bermain air. Bermain tumbuk beras. Bermain buka mangga kunci. Bermain basuh pinggan.

Jumaat: Menulis, melukis, mewarna. Membaca. Menonton CD pendidikan.

Friday 13 December 2013

20 cara untuk meningkatkan kuasa otak anak

 

1.       Jaga pemakanan semasa mengandung. Amalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda’.
 
2.      Berkomunikasi dengan penuh emosi dan makna. Lebihkan kata-kata adjektif dan positif. Bercakap dengan nada yang agak tinggi. Contohnya: “Soleh boy, mashaAllah!” sambil ketawa dan berinteraksi. Bahagian otak yang memproses maklumat ucapan dan mengeluarkan perkataan sangat memerlukan input ini.
 
3.     Bermain permainan yang banyak menggunakan tangan. Bayi sangat mudah memberi rangsangan.
 
4.     Beri perhatian semasa bayi kita menunjukkan sesuatu. Penting untuk mereka mengetahui bahawa kita memberi perhatian.
 
5.     Tanamkan minat kepada buku sejak bayi. Tunjukkan buku-buku bergambar dan tulisannya. Sebut dan tunjukkan. Bayi belajar bahasa dengan cepat melalui cara ini. Tanamkan minat pada Al-Quran pada usia awal.
 
6.     Jadikan masa mandi atau menukar pampers sebagai masa sentuhan emas. Urut perut dan rambut. Ini akan meningkatkan kemampuan otaknya. Jarak yang sesuai adalah 30-40 cm daripada bayi supaya mereka dapat mendengar suara kita. Ini bakal mempengaruhi mereka. Anak-anak kurang sentuhan memberi kesan negatif kepada otaknya.
 
7.     Pilih aktiviti dan permainan yang membuat anak-anak berfikir. Contohnya aktiviti menyusun blok. Saiz yang besar dan kecil membuat mereka bereksplorasi dan bertanya semasa mereka bermain.
 
8.     Respon apabila mereka menangis. Peluk dan pujuk memberi mereka rasa selamat dari segi emosi. Ini memberi kesan positif kepada otak. Baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya tenang jiwa mereka.
 
9.     Bina kepercayaan dan perhatian kepada anak-anak. Bila mereka bermain, bercakap atau suka tentang sesuatu, beri perhatian.
 
10.   Jadikan rumah zon positif. Bercakap, berkelakuan dan beraktiviti positif sahaja.
 
11.   Meminta bantuan anak-anak dalam kerja-kerja rumah. Mereka belajar menyusun, mengkategorikan sesuatu dan lain-lain. Ini penting semasa bereka belajar menyiasat alam. Mereka juga membina softskill.
 
12.   Ruang kondusif dan selamat untuk anak-anak beraktiviti. Merangkak, berjalan, memanjat dan sebagainya. Ini supaya mereka belajar mapping ruang mereka dan mereka tahu di mana tempat boleh panjat, duduk dan sebagainya.
 
13.   Nyanyian yang mempunyai isi kandungan yang baik. Gerakan jari, badan dan kaki baik untuk motor skill mereka. Zikir dan selawat juga amat baik sekali. Al-Quran dimainkan sepanjang masa juga mempengaruhi otak dan kelakuan mereka.
 
14.   Bawa mereka bersama kawan-kawan sebaya supaya mereka boleh bersosial dan berinteraksi secara positif untuk membina keyakinan diri.
 
15.   Waktu makan dan tidur yang positif. Mulakan doa, sebutkan nama makanan dengan kuat. Ceritakan kebaikannya. Ceritakan kisah yang baik sebelum tidur.
 
16.   Konsisten secara positif dalam memberi respon kepada kelakuan anak-anak.
 
17.   Disiplinkan anak secara positif. Gunakan bahasa positif, ganjaran sosial dan sebagainya.
 
18.   Ajar anak empathy dengan situasi seseorang atau peristiwa. Emosi skill akan menghubungkan sel-sel otak. Contohnya boleh bawa mereka ke rumah anak-anak yatim. Ceritakan tentang perasaan tiada ibu bapa dan sebagainya. Ceritakan tentang kebesaran Allah dalam setiap situasi.
 
19.   Beri anak-anak peluang bermain dengan benda-benda kotor seperti tanah, pasir dan sebagainya. Ini akan mengaktifkan sensori skill mereka. Kaitkan dengan Al-Quran dan hadith semasa bermain. Ini akan meningkatkan ilmu tauhid dan meningkatkan kemahiran mereka.
 
20.   Ekspreskan memek muka dan bahasa tubuh kepada anak-anak mengikut kesesuaian situasi. Ini menjadikan anak-anak yang mudah mempamerkan emosi dan perasaan mereka secara terkawal.

 

Tuesday 26 November 2013

Modul Homeschool: Rumahku Syurgaku

Ringkas tetapi mengujakan saya semasa saya menjalankan modul ini. Modul ini baik untuk motor skill dan perkembangan softskill anak-anak seperti yang saya kongsikan dalam entri sebelum ini. Seronok dan puas selepas selesai. Itu yang tergambar. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Selepas Solat Zuhur tadi saya cadangnya mahu mengajar Quran kepada anak-anak. Selepas 2 minit saya dapati Dhuha hilang minat. Dani pula asyik merangkak ke bawah meja dan makan cebisan biskut yang terjatuh. Mata saya naik rimas. Lalu timbul idea untuk modul ini. Ini kali pertama saya memberi tugasan penuh mengemas ruang tamu kepada Dhuha.

Arahannya mudah:
Kakak tolong kemas rumah.
Ambil penyapu sapu.
Barang-barang mainan simpan di bilik homeschool.
Cawan dan pinggan mangkuk letak di dapur.
Sampah bertaburan kutip dan buang.
Baju-baju bersepah simpan.
Barang-barang kecil simpan.

Saya memberi arahan satu-satu. Lepas siap satu tugas baru saya beri arahan baru. Subhanallah, saya tidak perlu beritahu di mana harus Dhuha simpan. Beliau sendiri tahu di mana sepatutnya barang-barang itu berada. Akhirnya siap. "Umi dah Mi", kata kakak.

"Allahuakbar, anak solehah ummi. Pandai sangat kemas rumah. Ummi sayang kakak", puji saya.

Kami akhiri modul dengan saya mencium pipi dan dahi kakak. Rasa terharu. Kakak yang sangat membantu.


Displaying 2013-11-26 16.43.50.jpg


Gambar atas adalah hasil kerja Dhuha. Walaupun tidak mencapai standard kami tetapi untuk kanak-kanak 2 tahun 4 bulan ini, saya boleh bagi markah 7/10 kerana keadaan di rumah sangat bersepah setiap hari seperti gambar di bawah ini. Kami mengemas keseluruhan rumah setiap hari sebanyak tiga kali. Kini saya boleh agihkan tugasan kepada Dhuha. Gambar di bawah ini bukan senario hari ini. Saya lupa hendak merakam gambarnya. Ini senario hari sebelum-sebelum ini.

Displaying 2013-10-16 18.01.42.jpg

Sunday 24 November 2013

Televisyen di kalangan anak-anak: Kawan atau musuh?

Semasa sesi perbincangan dalam 'Whatsapp Group Al-Ummahat', kami berbincang panjang lebar mengenai kesan televisyen tanpa kawalan kepada minda anak-anak. Salah seorang ahli berkongsi mengenai bagaimana watak-watak dalam rancangan TV mempengaruhi minda dan kelakuan anak-anak. Ketika itu saya hanya terbayang kesannya kerana saya juga tiada pengalaman. Hujung minggu lepas kami menghabiskan cuti mengikuti ibu bapa saya jaulah ke rumah adik beradik saya.

Di sana saya sempat menonton cerita 'Tin Man'. Disebabkan pengaruh TV saya memang sukakan cerita fantasi. Ya, Tin Man cerita fantasi mengenai ahli sihir. Semasa saya dan ibu khusyuk menonton (maklumlah di rumah kami tiada TV), tiba-tiba Dhuha bertanya,

"Ummi, itu apa Mi? Momok?". Ketika itu watak manusia bersifat fizikal seperti binatang sedang beraksi.

"Ah, sudah mahu jawab apa?" kata hati saya. Lalu mulut saya lancar menjawab begini,

"Itu syirik kakak"

"Oh syirik, bahaya!"jawab kakak.

Kemudian kami semua ketawa. Ibu saya memaklumkan beliau yang menakut-nakutkan Dhuha tentang 'momok'. Oh baru saya tahu kerana saya tidak pernah mengajar beliau tentang itu. Di situ jelas anak-anak mudah menerima apa yang dihidangkan oleh stesyen TV. Oleh itu, pilih rancangan yang bermanfaat sahaja. Kami juga perlu menonton rancangan yang bermanfaat. Maka, kami bersyukur tiada TV di rumah. Bukan senang hendak menjaga nafsu menonton TV :)

 
Gambar Google.

Wednesday 20 November 2013

"Glue-Turn-Paste" Project: Mendidik 'fine motor skill' anak

Kali pertama saya membuat aktiviti untuk meningkatkan fine motor skill Dhuha. Sangat mencabar. Biasalah kali pertama. Saya bagi 3 arahan mudah:

1) Glue: Bahagian yang akan melekat
2) Turn: Pusingkan bahan
3) Paste: Tampal bahan di tempat yang dikehendaki

Kali pertama saya sebut dan tunjukkan. Kali kedua saya biarkan beliau buat sendiri. Berulang-ulang kali tetapi msih tersilap-silap. Dani pun sibuk-sibuk ikut sama.

Displaying 2013-11-13 12.59.10.jpg

Displaying 2013-11-13 12.59.05.jpg

Friday 15 November 2013

Kesan 'Tour de Supermarket' dan teknik sentuh

Saya pernah membawa Dhuha sekali untuk 'Tour de Supermarket" ke TESCO Kuala Selangor. Ketika itu saya kebetulan berjumpa klien di sana. Semasa 'tour' tersebut Dhuha di ajar mengenali sayur-sayuran dan buah-buahan dalam Bahasa Inggeris mengikut modul yang telah saya sediakan. Aktiviti ini juga saya kaitkan dengan konsep Tauhid.

Antara kesannya adalah, cara mengenali buah menggunakan teknik sentuh dipraktis sehingga kini. Apabila saya membuka nota untuk penilaian, Dhuha dengan segera mengambil buah yang dirasakan sama dengan yang saya uji. Cara sentuh lebih mudah lekat di otak beliau. Antara soalan mudah saya mengenai tauhid, "kakak, who creates fruits?. "Allah", jawabnya.

Dhuha boleh menjawabnya kerana soalan itu sering saya timbulkan bila berada bersama alam ciptaan Tuhan. Ya, Dhuha belum faham siapa Allah kerana beliau terlalu kecil. Apabila beliau mula bertanya maknanya ilmu mentauhidkan Allah lebih mudah disampaikan, InshaAllah.

Dhuha ketika ini baru sudah berlari mengambil 'pineapple' di atas meja